KK SUPERMART BANTU PELAJAR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIA) MELALUI GEROBOK MAKANAN (19 MAC 2024)
KK SUPER MART menyerahkan sejumlah stok makanan kepada pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) untuk disalurkan ke gerobok makanan pelajar yang bertempat di pejabat IIUM HOLDINGS SDN. BHD. 30 buah bag turut disediakan kepada wakil pelajar masing-masing. Antara barang disumbangkan adalah biskut, jus buah, vitamin C, minuman dalam tin, dan mee segera.
Terima kasih kepada Dato’ Ahmad Nadzarudin bin Abdul Razak selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, IIUM Holdings Sdn Bhd yang sudi menerima kehadiran kami dan memberikan sokongan penuh kepada KK SUPER MART. Semoga sumbangan ikhlas ini membantu meringankan perbelanjaan pelajar semasa berada di kampus.