KK SUPER MART DAN JKM KUANTAN BERGANDING BAHU (11 JULAI 2024)

Pada 11 Julai 2024, KK SUPER MART berpeluang menjalinkan kerjasama dengan Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) Kuantan, Pahang. Kami berkesempatan menyampaikan sumbangan terus kepada beberapa penerima. Penerima terdiri daripada pelbagai bangsa.

Latar belakang penerima ada antara mereka yang menghadapi masalah kesihatan yang kronik, ada yang ibu tunggal tiada waris dan ada yang sudah uzur dan kurang berkemampuan. Tersentuh hati kami. Kami hulurkan barang keperluan seperti beras, minyak masak, gula dan beberapa barang lain. Sejumlah 150 beg dan beras disediakan dan sumbangan ini akan diedarkan oleh JKM Kuantan dalam masa terdekat.

Turut serta dalam kunjungan ini ialah Puan Rosmarlina Abdul Manaf (KPP2 JKM Negeri Pahang), Cik Zalina Yusof (PPKM JKM Negeri Pahang), En.Muhammad Haikal Daniel (Penasihat Korporat) & beberapa pegawai dari JKM Kuantan & kakitangan Jabatan Perhubungan Korporat KK SUPER MART.