KERJASAMA DENGAN KELAB PEDULI SAYANGI KOMUNITI SELANGOR (5 MEI 2024)
Bertempat di PPR Taman Mulia Bandar Tun Razak, Kelab Peduli Sayangi Selangor telah menganjurkan “PROGRAM KASIH SAYANG KOMUNITI PEMBERIAN SAYUR-SAYURAN DAN BARANG LAIN PERCUMA”. Aktiviti anjuran kelab ini dijayakan oleh Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak, Gabungan Persatuan Kebajikan Chui Sui Malaysia, KK SUPER MART, Yayasan Foodbank Malaysia, NGO Bantu dan syarikat Pepsi Malaysia.
Inisiatif seperti ini diharapkan dapat memanfaatkan komuniti di sekitar negeri Selangor oleh kerana semua barang yang dibawa terutama makanan, minuman dan sayur-sayuran adalah percuma sama sekali, khas untuk penduduk PPR yang berada disana.
Ribuan terima kasih dan syabas kepada Kelab Peduli Sayangi Komuniti Selangor kerana sudi bekerjasama dengan kami. KK SUPER MART berharap agar program mulia seperti ini dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang dan membantu lebih ramai insan yang memerlukan.