JOM KONGSI RAYA 2024 – RAMAH MESRA BERSAMA KANAK-KANAK ISTIMEWA (9 MEI 2024)
Lokasi pertama JKR kali ini kita melawat Pusat Jagaan Kanak-Kanak Down Syndrome dan Hyper Active di Bukit Tinggi Klang, Selangor. Terdapat 15 orang anak-anak lelaki yang dijaga di sini dari pelbagai latar belakang dan bangsa. Mereka anak-anak istimewa. Kami dimaklumkan kebanyakan mereka ialah anak-anak hyperactive, down syndrome, autism dan epilepsy.
Terhibur kami dengan gelagat lincah anak-anak, mereka petah mahu berborak dengan kami dan ringan tulang untuk membantu. Terima kasih sudi terima kehadiran kami. Terima kasih Cik S.Gunarasa, Darsh & penjaga di sini. Kami doakan kamu semua sentiasa diberi kesejahteraan dan kesihatan berpanjangan.