JOM KONGSI RAYA 2024 MENYANTUNI WARGA EMAS DI SEREMBAN KK SUPER MART (27 JUN 2024)

Kami merantau ke Negeri Sembilan untuk melawat Persatuan Kebajikan Warga Tua Emas Tong Sim di Seremban.

Walaupun kami berlainan bangsa namun kehadiran kami disambut mesra oleh penghuni di sini. Menurut Puan Jacy selaku pengusaha rumah ini, terdapat 18 penghuni keseluruhannya. Mereka lebih memerlukan bantuan kewangan untuk menampung perbelanjaan bil utiliti, pakaian, baikpulih rumah dan bil hospital.

Diharapkan maklumat ini memberi lebih peluang kepada masyarakat di luar sana untuk membantu Persatuan Kebajikan Warga Tua Emas Tong Sim di Seremban ini.