BANTUAN KEMANUSIAAN TURKIYE (MAC 2023)

Sesi penyerahan sumbangan daripada KK SUPER MART kepada kedutaan Turkiye di gudang sekitar Bandar Klang, Kontena ini penuh dengan muatan barang keperluan seperti makanan, pakaian, selimut, peralatan perubatan, dan pelbagai serta merupakan kontena ke-9 yang dijadualkan berangkat pada malam ini.

Selain KK SUPER MART terdapat juga syarikat lain dan perseorangan menyalurkan bantuan. Ada yang menaja barang keperluan dan ada berbentuk kewangan. Kita doakan agar misi bantuan ini berjaya dan berterusan dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara luar. 

Turut bersama kami adalah Encik Osman dari kedutaan Turkiye. Beliau bertanggunngjawab memastikan hal ehwal kebajikan sumbangan diterima dan dihantar dengan selamat.