PROGRAM MAULIDUR RASUL PERINGKAT MASJID JAMEK SULTAN ABDUL SAMAD KUALA LUMPUR (7 OKTOBER 2023)
Objektif Program Maulidur Rasul dianjurkan oleh Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur adalah untuk memupuk sifat cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW di kalangan umat Islam.
Program ini juga telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti kerohanian seperti perarakan sejauh anggaran 2 km, Zikir dan Selawat, nyanyian Nasyid serta ceramah agama.
Pihak Kumpulan Syarikat KK menerusi wakilnya En. Haikal (Penasihat Perhubungan Korporat) turut berkesempatan untuk bersama dalam menyampaikan sumbangan 20 bakul makanan kepada asnaf dan 1000 botol air minuman kepada pengunjung.
Antara tetamu jemputan yang hadir memeriahkan program ialah YBhg. Datuk Seri Haji Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakry (Mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama), Ustaz Roslan Mohamed, Ustaz Ahmad Roshidi (Ketua Eksekutif Masjid Jamek) dan Ismahalil Hamzah.