News & Events

Timmy Tan duta Kumpulan Syarikat KK

PEMENANG pingat emas Sukan SEA 2019, Timmy Tan secara rasmi muncul sebagai atlet atlet tenpin boling pertama Malaysia dilantik menjadi duta bagi Kumpulan Syarikat KK di Wisma KK, Desa Petaling baru-baru ini.

Pada Februari lalu, Kumpulan Syarikat KK yang diasaskan oleh Datuk Seri Dr KK Chai sejak tahun 2001 telah melantik artis terkenal tanah air, Shuib Sepahtu sebagai duta.

Pelantikan kedua-dua ikon dalam dua bidang berbeza itu sudah pasti mampu meningkatkan penjenamaan Kumpulan Syarikat KK dalam kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa.

“Kami yakin dengan pilihan kami. Bekerjasama dengan dua duta hebat dari latar belakang berbeza memberi kami kelebihan untuk memantapkan penjenamaan produk dan perkhidmatan kami.

“Sepanjang tahun 2020, kedua-dua duta ini akan terlibat dalam pelbagai aktiviti promosi dan pemasaran sama ada melalui pelbagai iklan seperti iklan cetak, media sosial atas talian, menampilkan diri dalam acara sosial korporat serta aktiviti anjuran Kumpulan Syarikat KK yang lain,” kata KK Chai.

Kumpulan Syarikat KK merupakan kumpulan syarikat yang mengendalikan perniagaan peruncitan kedai serbaneka 24 jam melalui jenama KK SUPER MART sejak tahun 2001.

Selain mempunyai lebih daripada 443 cawangan seluruh negara termasuk di Nepal dan India, KK Chai juga telah melebarkan sayap perniagaannya dalam pelbagai bidang perniagaan lain.

Ia termasuklah KK Concept Store, KK Fresh, Baiwago Plus Café, KK Food Court, KK Kopitiam, KK Motorsports, KK Hotel, K2 Corporation, KK Badminton Centre, The Slimming Sanctuary, SKCC Laboratories, Clara International Beauty, Kunci Kuning, K3 Coffee Lab, Happy Momentum dan Green Villa Resort.

Kumpulan Syarikat KK juga sentiasa komited dalam memenuhi keperluan dan gaya hidup masyarakat. Semua syarikat di bawah naungannya menawarkan khidmat e-pembayaran seperti Touch N’ Go e-wallet, Boost, Razer Pay, Forest One, Maybank QR Pay, MCash, Grab Pay, AliPay, Wechat Pay, Sarawak Pay, TA Pay, GHL.