SUMBANGAN KEPADA PESAKIT DI HOSPITAL REHABILITASI CHERAS (17 APRIL 2024)
Pada 17 April 2024, Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat telah melakukan pembelian barang di KK SUPER MART untuk didermakan kepada kaki tangan dan pesakit-pesakit di Hospital Rehabilitasi Cheras bagi pihak mereka. Oleh sebab itu, KK SUPER MART mengambil kesempatan ini untuk turut menyumbangkan sejumlah makanan seperti biskut kepada pihak hospital tersebut.
Ucapan tahniah dan syabas kepada NGO ini dalam usaha mereka menyantuni insan-insan yang memerlukan. KK SUPER MART juga amat berbesar hati terhadap kesudian NGO ini kerana memilih kami untuk membeli produk makanan, seterusnya mempercayai kebolehan KK SUPER MART dalam melaksanakan projek CSR mereka pada kali ini.