SUMBANGAN BANJIR BERSAMA JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL (JPNIN) SELANGOR (DISEMBER 2022)

Jalinan kerjasama antara KK SUPER MART dan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Selangor dalam persediaan membantu mangsa banjir. KK Super Mart turut menyumbang beberapa barang keperluan makanan kepada JPNIN Selangor. Program ini juga merupakan Lawatan Kerja Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha KPN, YBrs. Dr Kang Tong Hum, Ketua Pengarah JPNIN, YBhg. Dato’ Hjh Norison Ramli dan Pengarah JPNIN Selangor, YBrs. Tuan Burhanuddin Hj Daud.