SAMBUTAN HARI PERAYAAN DEEPAVALI BERSAMA RUMAH KEBAJIKAN KARUNAI ILLAM, KEPONG(10 NOVEMBER 2023)

KK Supermart & Superstore Sdn Bhd berpeluang untuk melawat Rumah Kebajikan Karunai Illam di Kepong untuk bersama-sama meraikan sambutan hari perayaan Deepavali.

Kunjungan wakil-wakil dari KK Supermart & Superstore Sdn Bhd disambut mesra oleh Cik Lakshmi dan Dr. Raj (Penjaga dan Penyelia Rumah Kebajikan Karunai Illam) serta kanak-kanak di sana.

Antara barang keperluan yang disumbangkan kepada mereka ialah Beras, Minyak Masak, Gula serta barangan asas yang lain bagi meringankan perbelanjaan harian. Sebahagian barangan asas juga disumbangkan kepada sebuah lagi cawangan rumah kebajikan iaitu Rumah Kebajikan Anbu Illam di Taman Permata, Kuala Lumpur.