PROGRAM PENYAMPAIAN BAKUL MAKANAN BERSAMA PEJABAT KDYMM SULTAN PAHANG (DISEMBER 2022)
KK SUPER MART bekerjasama dalam program penyampaian bakul makanan bersama Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Penyerahan permulaan diadakan di SK Beserah, SMK Beserah dan juga SK Pelindung yang terkesan dengan banjir yang berlaku pada baru-baru ini.
Penyerahan sebanyak 50 kotak di SK Beserah, 50 kotak di SMK Beserah dan 16 kotak untuk SK Pelindung. Setiap kotak berisi pelbagai barang keperluan asas untuk mangsa banjir.
Penyampaian sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bersama Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir di Pahang. DAULAT TUANKU !