PROGRAM JUALAN RAHMAH PERDANA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (4 & 5 NOVEMBER 2023)
Program Jualan Rahmah Perdana WPKL anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertujuan untuk menawarkan harga barangan keperluan harian yang lebih murah daripada harga biasa pasaran setempat.
KK Supermart & Superstore Sdn Bhd turut mengambil bahagian dalam Program Jualan Rahmah Perdana WPKL dengan menawarkan barangan keperluan seperti EcoSafa Cooking Oil 5kg, Ayam Brand Sardin, Cap Istana Bihun serta banyak lagi. Promosi menarik seperti PERCUMA Torku Banada Dark Chocolate turut ditawarkan bagi setiap pembelian melebihi RM30 untuk menarik minat pengunjung.
Turut hadir YBhg. Tuan Ariffin, Pengarah KPDN KL, Datuk Seri Dr. KK Chai serta wakil-wakil syarikat Giant Malaysia, HeroMarket, AEON BIG, Mydin dan NSK Trade City.