PENYAMPAIAN BAKUL RAHMAH DI BAZAAR SENAWANG, NEGERI SEMBILAN (APRIL 2023)
Bertempat di Bazzar Ramadan Bandar Prima Senawang dan juga di Masjid Bandar Baru Senawang, Negeri Sembilan, secara simbolik KK SUPER MART membuat serahan 200 BAKUL RAHMAH kepada YB Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Misi BAKUL RAHMAH ini bertujuan membantu meringankan beban golongan sasar diseluruh negara secara berperingkat. Ramai menyambut baik usaha KPDN ini. Sama-sama kita menyumbang. Sikit atau banyak bukan ukuran. Yang pasti keikhlasan dan dapat menggembirakan penerima hingga mengukir senyuman.