Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah dan Cabaran Beli & Menang RM1.1 Juta
Hari ini berlangsungnya Majlis Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah & Cabaran Beli & Menang RM1.1 Juta di KK SUPER MART Terminal Bersepadu Selatan, Maju Link, Kuala Lumpur.
Dengan hanya harga RM5, anda boleh memilih 1 pek makanan laut segar sejuk beku daripada 7 pilihan disediakan – ikan, udang, sotong.
Dengan RM5 anda boleh mendapatkan 5 unit Mighty White Soft Cream Roll 50g dan dengan harga RM5 anda boleh mendapatkan 3 unit Test Kit Covid-19.
Banyak lagi produk lain bakal menyusul untuk JUALAN RAHMAH di KK SUPER MART.
Dalam pada itu, dengan berbelanja minimum RM23 anda berpeluang menyertai Cabaran Beli & Menang RM1.1 Juta.
WOW BERBALOI!!
Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub( Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup) sudi menyempurnakan majlis ini.
Turut hadir YB Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), YBhg. Datuk Azman Bin Mohd Yusof (Ketua Setiausaha KPDN), Tuan Ariffin Bin Samsudin (Pengarah Pejabat KPDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), YBhg. Datuk Azman Bin Adam (Ketua Pengarah Penguat Kuasa) dan ramai lagi. Semoga usaha membantu rakyat berterusan dan dipermudahkan di KK SUPER MART.