MAJLIS PELANCARAN FOOD BANK WAKAF RAHMAH (MAC 2023)

Majlis Pelancaran FOOD BANK WAKAF RAHMAH berlangsung sebentar tadi di UNITEN, iaitu universiti ke-29 yang menyertai food BANK dibawah naungan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup(KPDN).

Uniknya FOOD BANK WAKAF RAHMAH ialah projek ini akan melibatkan penglibatan HOTEL dimana pembekalan makanan kepada universiti adalah berkonsepkan proses retort.  Mesin retort (mesin pek makanan) akan diberi kepada hotel dan hotel tersebut bertangungjawab untuk hasilkan makanan retort dan diserahkan kepada universiti dibawah jagaan mereka.  UNITEN merupakan universiti pertama FOOD BANK WAKAF RAHMAH.

Apa Itu Proses Retort?

Proses retort produk makanan adalah salah satu daripada pelbagai kaedah proses untuk tujuan pengawetan.

Majlis di UNITEN ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Hajah Puan Fuziah binti Salleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). KK Super Mart telah memberi sumbangan berupa barangan keperluan seperti beras, mee segera, perencah nasi goreng, tuala wanita dan beberapa barang lain. Difahamkan seramai 1000 orang pelajar kategori B40 dan asnaf akan menerima manfaat food bank ini.