Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri kepada penduduk Taman Sri Muda & Taman Sri Nanding* yang terkesan dengan banjir yang berlaku akhir tahun lalu di perkarangan Outlet KK SUPER MART Taman Sri Muda, Shah Alam (SSM). 40 penerima daripada pelbagai kaum telah hadir untuk penyerahan secara simbolik
Keseluruhannya, sebanyak 200 kotak makanan diperuntukkan kali ini dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Selangor serta rakan niaga, Boost.
Penyampaian sumbangan kotak makanan tersebut telah disampaikan oleh Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat KK, Datuk Seri Dr. KK Chai diiringi oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Selangor (Kementerian Perpaduan Negara), En. Burhanuddin Bin Haji Daud. Turut hadir pada majlis tersebut ialah wakil syarikat Axiata Group Berhad (Boost), En.Tony Mah (Head of Sales & Partnership) dan Pn Jessica Wai (Head of Partnership).
Semoga sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk Taman Sri Muda & Taman Sri Nanding dalam sambutan Aidilfitri ini