Media Room

KK Supermart terus bantu golongan memerlukan

KK Supermart terus bantu golongan memerlukan
Chai (kiri) mewakili KK Supermart dan Uncle Kentang berkolaboratif menyokong program Bendera Putih untuk membantu golongan memerlukan.
KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Supermart) menerusi ShopeePay telah menyokong program Bendera Putih untuk membantu masyarakat yang kurang bernasib baik dan memerlukan.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif KK Supermart, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, rakyat Malaysia yang mahu memberikan bantuan boleh membuat e-sumbangan melalui ShopeePay bermula 7 September.

Menurutnya, melalui ShopeePay, pengguna boleh mengambil bahagian dengan memilih antara empat pakej berbeza yang diisi dengan barangan keperluan asas bernilai antara RM9.20 sehingga RM13.

“Sumbangan yang dikumpulkan akan digunakan untuk membeli barangan keperluan asas dari KK Supermart.

“Kami menghargai kolaboratif bersama ShopeePay dan yakin inisiatif seperti ini bukan sahaja meningkatkan penjualan e-dagang, malahan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghulurkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, untuk memberikan bantuan, orang ramai boleh memilih ‘Deals Near Me’ di aplikasi Shopee dan cari kata kunci KK MART.

“Pilih pakej pilihan atau semua untuk sumbangan dan membuat pembayaran dengan ShopeePay,” katanya.

Chai berkata, KK Supermart juga akan memberi bantuan keperluan tersebut kepada Uncle Kentang untuk diedarkan kepada individu yang memerlukan.