News & Events

KK Mart sedia 1,000 pekerjaan kepada penduduk tempatan

KEMENTERIAN Sumber Manusia berkolaboratif dengan KK Super Mart (KK Mart) untuk menawarkan 1,000 peluang pekerjaan kepada orang ramai berikutan peningkatan pengangguran di Malaysia sejak Mei lalu.

Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, inisiatif berkenaan merupakan usaha kementerian untuk mengurangkan kadar pengangguran.

“Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan berikutan penularan Covid-19 memberikan kesan yang besar kepada ekonomi negara kerana kebanyakan sektor perniagaan tidak dibenarkan untuk beroperasi sehingga menyumbang kepada pengangguran,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Saravanan berkata, pengumuman peluang pekerjaan berkenaan turut diuar-uarkan di Facebook rasmi KK Mart.