JOM KONGSI RAYA 2024 - SUMBANGAN KEPADA KOMUNITI PPR PEKAN KEPONG SEMPENA SAMBUTAN AIDILFITRI 2024 (17 APRIL 2024)
Beberapa beg makanan yang berisi mee segera, biskut, gula, dan tepung telah dihantar kepada PPR Pekan Kepong. Penyerahan melibatkan Encik Fuad, wakil penduduk PPR Pekan Kepong dan Puan Siti Zahilda, Pengurus Jabatan Perhubungan Korporat. Bantuan ini akan diedarkan sewaktu Sambutan Aidilfitri pada keesokan hari nya.
Terima kasih juga kepada kakitangan outlet kami yang terlibat dalam aktiviti ini. Semoga terus berbakti kepada masyarakat.